Tarikh : 20.10.2026
Hari : Selasa
Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi
Tajuk : Ulangkaji Pelajaran Pendidikan Islam - (Pelajaran 16 : Al-Khaliq dan Al-Musawwir)
Tingkatan : 1 Strategik
I. Sila jawab soalan di bawah. Rujuk buku teks muka surat 87-94.
II. Selesai menjawab sila ambil gambar jawapan anda. Kemudian, kongsikan dalam group tingkatan.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 19.10.2026
Hari : Isnin
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Tajuk : Ulangkaji Pelajaran Pendidikan Islam - (Pelajaran 23 : Solat Mercu Kejayaan)
Tingkatan : 1 Strategik
I. Sila tonton video pembelajaran dan slide pembelajaran di bawah.
II. Selesai menonton video dan slide pembelajaran , sila buka buku aktiviti muka surat 76-79 dan jawab semua soalan yang ada. Sila tulis nama , tarikh dan hari pada atas tajuk buku aktiviti muka surat 76.
Solat boleh melengkapkan diri manusia dengan sifat-sifat terpuji (I). Ini kerana, ibadah solat memberi kesan terhadap pembersihan diri daripada kemungkaran (H). Hal yang demikian kerana, orang yang sentiasa menunaikan solat akan mendapat petunjuk Allah SWT ke arah melakukan sifat-sifat terpuji dalam kehidupan seharian (HL). Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat dengan sempurna dan khusyuk kerana solat itu mencegah daripada melakukan perbuatan keji yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah SWT.
III. Selesai menjawab sila ambil gambar jawapan anda. Kemudian, upload dalam link Google Drive berikut mengikut kelas masing-masing :
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TARIKH : 16.10.2026
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 - 10.00 PAGI
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 - 10.00 PAGI
I. Sila tonton video pembelajaran di bawah :
II. Jika video tidak boleh dimainkan sila buka gunakan link di bawah video tersebut.
Bidang Fekah : Mandi Wajib Penyuci Diri
Bidang Akhlak : Maruah Diri Cerminan Peribadi
LATIH TUBI ULANGKAJI
a. Sila jawab semua soalan di bawah di dalam kertas.
b. Selesai menjawab sila "screenshot" jawapan dan hantar secara personal kepada guru mata pelajaran anda.
c. Bukti "screenshot" adalah sebagai bukti kehadiran anda dalam kelas PdPR.
Soalan ( Bidang Fiqh )
1. Nyatakan maksud mandi wajib.
2. Jelaskan dua perkara yang mewajibkan mandi
3. Senaraikan dua larangan semasa berhadas besar
Soalan ( Bidang Akhlak )
1. Nyatakan maksud menjaga maruah diri.
2. Terangkan dua cara menjaga maruah diri dari aspek pakaian dan tingkahlaku
( Soalan KBAT)
3. Seorang rakan kamu suka melontarkan kata-kata yang kasar kepada guru.
Pada pendapat kamu apakah punca yang menyebabkan beliau berkelakuan sedemikian.
" SEMOGA ALLAH SWT BERIKAN PAHALA DAN KESIHATAN YANG BAIK KEPADA SEMUA "
